Sabtu, 8 Ogos 2015

RAHIMIDIN ZAHARI Anak Peringat menempah nama ke seluruh dunia Melayu sebagai sastarawan- budayaan (1968 -2015)




 
Allahyarham Rahimidin Zahari no 2 dari kiri
Obituari -Majalah Horison (Indonesia) Julai 2015
Masih segar dalam ingatan! Setiap  kali bercuti balik kampung, ia singgah di Balai Kartun Rossem  (BKR), Peringat,  walaupun dihimpat masa dari jadualnya yang padat. Bebetulan untuk ke rumahnya di Kg. Padang Mo’kan (Becah Keranji), harus melewati BKR, justeru kesempatan untuk singgah, menjengok dan bersilaturahim menjadi mudah. 

Seringnya kunjungan beliau tak pula dengan tangan kosong, ada saja buku atau majalah diberikan untuk simpanan BKR.  Buku-buku antologi puisi karya beliau yang baru terbit atau sudah lama terbit tetapi  saya belum memilikinya dijadikan buah tangan utama saat berkunjung.


Kali terakhir beliau singgah awal April 2015, sempat saya tunjukkan  sebuah lukisan potret  wajah beliau  yang saya lukis. Beliau tersenyum,  walaupun  ketika itu lukisan hanya baru siap 80 persen.  Saya bercadang mahu menulis  bait-bait puisi  karya  beliau yang sesuai untuk dijadikan latarbelakang lukisan itu. Demikian saya memberitahu beliau. Beliau diam. 

Saya membelek, mencari helai demi helai puisi-puisi dari buku beliau  yang agak sesuai dengan lukisan, sekaligus menepati citarasa saya.   Akhirnya bertemu dengan puisi pendek berjudul “Pak Mat dan Sungai Pulau Melaka” Dari antologi puisi “Bayang Beringin” (ITBM 2013)

Saya mengenali nama Rahimidin Zahari, sosok sasterawan, budayawan hebat asal Kampung Peringat sekitar tahun akhir 1990an lewat ruangan sastera majalah dan akhbar. Setiap kali fotonya terpampang di lembar akhbar atau majalah, saya merenung lama foto itu. Mesin berfikir berputar mencari “Siapa pemuda Kg. Peringat ini, anak  siapa, di mana rumahnya, siapa leluhurnya?” Saya bertanya diri sendiri “ bagaimana saya tak kenal, walhal katanya orang Peringat, sedangkan saya juga orang Peringat”. Namun tak menemui jawapan yang pasti. 

Usia Rahimidin muda satu generasi dengan saya. Tahun 1968 saya merantau ke kota, ketika itu beliau baru lahir.  Tahun  2004  saya pulang ke kampung.  Saat   menetap di kampung, Rahimidin suadah  merantau ke kota. Rupanya kami berselisih dalam perjalanan panjang mencari rezeki. Justeru kami tak kenal secara empat mata. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini kami berjumpa, bertanya secara terus terang “Zahari (ayahnya) itu siapa?” Bila beliau memberitahu, cucu Tok Haji Pak Dam, Padang Mo’kan, kotak ingatan saya terus terbuka  luas, terbayang era tahun 60an.  Rupanya gemulah Zahari itu memang saya kenal baik. Manakala Tok Haji Pak Dam hampir semua warga kampung Peringat mengenalinya - sosok gedebe. Jarak rumah saya dengan rumah Rahimidin sekitar satu setengah kilometer saja.

Kalau saya ke Kuala Lumpur, tinggal di  Taman Koperasi Polis II, saya menelefon beliau, mengajak ngopi  bersama di warung pinggir jalan. Kebetulan beliau juga tinggal di taman yang sama, hanya berbeda jalan saja. Dalam pertemuan itu seringnya beliau membawa senaskah buku puisi  untuk diberikan kepada saya.  Demikian akrabnya dua insan yang sama-sama meminati budaya  sastera.
Rabu pagi tanggal 6 Mei 2015 mendapat berita lewat facebook, Rahimidin dimasukkan ke Hospital  Selayang  kerana ada darah beku di kepalanya (akibat tekanan  darah tinggi) . Dari Hospital Selayang dia dipindahkan ke Hospital Sungai Buluh, Selangor. Saya amat terkejut. 

Ketika  di hospital Sungai Buluh saya sempat menziarahi beliau. Seorang sahabat lama, Wan Mohd Said Mehdi membawa saya ke Sungai Buluh dengan mobilnya sebaik  saya tiba di Kuala Lumpur dengan pesawat udara suatu sore. Ramai saudara mara, ibu, dan sahabat handai  Rahimidin menunggu giliran untuk masuk melawat, pihak hospital hanya membenarkan dua pelawat  saja sekali masuk.  Saya pelawat pertama bersama Sasterawan Negara, Datuk Muhamad Haji Salleh. Rahimidin dalam kondisi koma.  Beberapa minit  kemudian,  jururawat  meminta kami berdua beredar, kerana pesakit akan di bawa ke kamar bedah (operasi kepala). Sore itu hanya kami berdua berkesempatan masuk yag lain menunggu di luar.

Sebelum beredar, jururawat membisik kepada kami, siapa sebenar pesakit ini, pengunjungnya sangat ramai dari pelbagai latarbelakang, VIP,  Datuk, Tan Sri …… “Beliau bakal sasterawan negara” kata saya sambil senyum.

Khamis  sore, 14 Mei 2015 dia dipanggil dengan tenang oleh Allah Yang Maha Kuasa, setelah tak sedar diri selama seminggu akibat strok. Beliau meninggalkan seorang isteri, lima anak lelaki dan dua perempuan. 

Pagi yang dingin 15 Mei 2015, embun masih basah di rumputan,  rumah ibunya di Becah Keranji menjadi tempat berkumpul sahabat-sahabat  Allahyarham untuk solat jenazah, seterusnya mengucap selamat jalan kepada Allayharham yang akan pergi menemui Khaliqnya. Dari kalangan penyair Negeri Kelantan, antaranya Norhisham Mustafa, Rudi Mahmood, M. Arif, A. Maarof Seman, Wadi Leta SA, Abdul Hadi Yusof, Mockhter Awang, Azmi Yusof, SM Noor, Tuan Sharif Putra (Terengganu), sementara dari Kuala Lumpur, Dr Saaleh Rahmad, Dr Salleh Yakob, Dr Shamsudin Othman, mereka datang  bersama  mengiringi jenazah Allahyarham pada malam itu. Penyair Sukri Abdullah datang 4 hari kemudian. Saya tunjukkan kubur Allahyarham kepada beliau. Solat jenazah diimamkan oleh Imam Mat dari Masjid Mukim Peringat. 

Puisi beliau, keseluruhannya banyak berkisar tentang ketuhanan dan kematian, selain mengangkat budaya Kelantan sebagai fokus utamanya.  Antaranya puisi :

Bau tanah

Tubuhku yang sebati

dengan bau tanah


Rabb,

Sahabat-sahabat Allahyarham menunggu untuk solat jenazah
sekitar tengah malam ini

bulan ditudung kabus

aku menghidu

jalan ke kuburan.





Hei,

kau yang berjalan-jalan

di atas diriku



bilakah kau

akan kembali

ke dalam dirimu





 Saya tertarik dengan  sajak Allahyarham  berjudul “Negeri Batang Pisang”. Sajak yang dimuat dalam antologi puisi “ Laut Tujuh Gelombang Buih” itu walaupun tak  panjang tetapi tersirat makna yang mendalam. Sang penyair mengkisahkan “Negeri Batang Pisang” sebuah  negeri tanpa bumi, tanpa langit, tanpa sungai, tanpa laut,  tanpa bulan dan   matahari. Lampu 40wt sudah cukup untuk menerangi negeri luas sedapa  itu. 

 Negeri Batang Pisang  yang berdaulat itu politik paling busuk dan hodoh mengalir dari mulut sosok yang bernama Rawana. Kerjanya mahu mempenjarakan musuh-musuh politiknya. Namun kes liwat tak pernah ditimbulkan. Aib rakyat jelata  dijaga. Maruah Negeri Batang Pisang harus dipelihara.

 “Negeri Batang Pisang”  digerakkan oleh  “Tok Dalang” yang memiliki  suara yang boleh berubah-ubah mengikut keperluan. Suara itu walaupun beragam  bunyi,  namun terbit dari mulut  yang satu. Kebijaksanaan itu bukan milik semua orang, hanya ada pada  Tok Dalang. Satu lagi kehebatan yang menjadi lambang kekuasaan Tok Dalang ialah kuasa mutlak. Keabsolutan itu sehingga Ia bisa memenjarakan sesiapa saja yang ia tak suka dan memberi kesenangan kegembiraan kepada sesiapa ia kehendaki. Selebihnya, Ia boleh meberhentikan permainan serta merta atau melanjutkan permainan sehingga bermalam-malam, bertahun-tahun  lamanya sehingga khalayak penonton jemu bosan.

Negeri Batang  pisang bukan sebuah negeri demokrasi. Rakyatnya tak kenal peti undi,   tak  ada pentas ceramah politik, tak  ada BR1M dan Suruhanjaya Pilihan Raya. Sistem  pemerintahannya     otokrasi  sejak zaman dun takala mula. 

Negeri Batang Pisang sebuah negeri paling sempit di dunia, keluasannya hanya sedepa orang  dewasa. Di situ   berdiri  istana, tempat bertakta Tan Seri Rama, Siti Dewi, Laksamana, inang pengasuh dan hamba sahaya. Di situ  juga Hanuman Kera Putih, Bota Mahrajawana, Sagariwa, Babusanam bermukim  dan berperanan. Bota- Sosok yang satu ini  sering  dikaitkan dengan kuasa kejahatan, justeru  tak menghirankan jika pergaduhan, adu domba bahkan peperangan berlaku setiap masa.  Dalam  mana-mana peradaban pun watak  baik dan jahat sentiasa wujud. Peradaban wayang kulit juga tak terpisah dari situasi ini.

Penyair Nusantara itu semasa hayatnya berkerja sebagai manajer panggung Istana Budaya, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur dan editor majalah Pentas Istana Budaya. Selamat jalan sahabatku. Seminggu selepas pemergiannya, saya bermimpi; dalam mimpi itu ada seseorang yang tak digambarkan dengan jelas datang memberitahuku. “Allahyarham hidup senang di sana”. Saya bertanya “ apakah di sana  juga sebagai penyair?” “Bukan penyair. Noktah!  Inn lillahi wa inna ilaihi rajiun.

Khamis, 6 Ogos 2015

HAJI HASHIM ABD. RAHMAN



HAJI HASHIM ABD. RAHMAN

Haji Hashim Abd. Rahman orang peringat
Tahun 60an  cikgu sekolah rakyat
Terjun dalam bidang koporat
Mengedar kereta proton merata tempat

Kedainya di Jalan Sultanah Zainab Kota Bharu
Hamza Motor nama bukan baru
Berdiri puluhan tahun dulu
Boleh nampak sesiapa yang lalu

Haji Hashim atau Cikgu Hashim
Ambo panggil Abe Sim
Anak sepupu sebelah ayah
Dekat lagi tu weh

Pertengahan Ramadhan 1436 Hijrah
Abe Sim kembali ke Rahmatullah
Marilah kita hadiahkan fatehah
Ingat, kita semua pasti berhijrah




ALMARHUM TOK GAWA CHE WEL(1926 - 1989)



Haji Ismail ketika remaja












Tok Gawa Che Wel orang ternama
di daerah Peringat sebut saja nama
bekas Tok Gawa Limbat orang kenal  semua
tahun 60an dan 70an adalah zamannya

Nama sebenar Haji Ismail
orang panggil Tok Gawa Che Wel
sepupu ambo alik gumaloh ayah
rapat seperti adek beradek seemak seayah

Abe Haji Che Wel orang terpelajar
waktu kanak-kanak bapanya hantar belajar
bukan di sekolah kemacar
di Raffile Collage Singapura dekat Tanjung Pagar

 Zaman itu tahun 1940an Malaya dibawah penjajah Inggeris
anak-anak Melayu di kampung belum kenal pembaris
alif ba ta disangka mata keris
abe Haji sudah tahu cakap Inggeris

Namun pengajiannya tak tamat
perang dunia ke dua meltus separuh kiamat                                  
Kereta kepunyan Hj Ismail
Jepun serang Tanah Melayu sehingga hancur lumat
Abe Haji balik kampung sebelum terlambat

Tak lama kemudian dilantik jadi penggawa limbat
tugas panggawa  pada zaman itu berat
tempat anak-anak mukim mengadu bila tak larat
kalau sekarang tarafnya wakil  rakyat

Macam-macam karenah dihadapi Abe Haji
ada anak- anak mukim puji
ada juga yang dengki
akhirnya Abe Haji berhenti

 Rumahnya besar ada dua
satu di Kg. Derdap satu lagi di Seterpa
tanah kebun luas tak terkira
duduk  saja pun tak  apa

Anak-anaknya ramai dari dua isteri
buat dua team bolasepak pun jadi
  anak-anak Abe Haji ramai yang ngaji tinggi
 jadi guru, pensyarah di pusat pengajian tinggi

  Abe Haji tinggi wawasan
pemikirannya jauh kedepan
tapi orang kampung ramai tak faham
maklumlah…waktu itu tahun 60an

Tahun 1960an Abe Haji buka pepustakaan
di rumahnya secara persendirian
menyediakan banyak buku-buku  bacaan
orang kampung tak datang

Waktu itu, buka perpustakaan
orang kampung semua hairan
sebab yang buta huruf pun  sakan
tapi pemikiran Abe Haji jauh ke depan
menjangkau  zaman

Tahun 60an Darul Quran dibangunkan Abe Haji
bersebelahan rumahnya di Kg. Derdap tepi sungai
untuk orang kampung serta anak-anak mengaji
satu lagi pola  berfikir Abe Haji
yang orang kampung tak mengerti

Nama Darul Quran itu tersangat pelik
bagi orang-orang  kampung zaman mata belum  celik
tapi Abe Haji sudah buat
sebelum orang lain buat

Abe Haji sudah lama tiada
namun namanya disebut merata
Kg. Cabang Empat Tok Gawa
mengambil sempena nama dia.

Kepada balu-balu abe haji
dinobat kerajaan Kelantan sebagai ibu misali
pandai didik anak sehingga ke universiti
baik pulak budi pekerti

Semasa hayatnya, Abe Haji suka ziarah keluarga
Itulah amalam yang nyata
pagi-pagi sudah sampai depan tangga
adek, kakak, warih waroh semua suka

Gateh basikal walaupun pernah ada kereta
dia tak peduli orang nak kata
tubik peluh tak terkira
badan sihat sejahtera

Al Fatehah….

Jumaat, 31 Julai 2015

TOK WALI SAAD




Tok Wali Saad

Zaman ambo muda
Tahun 60an, ada seorang gila
Tinggal di Kg. Padang Kala
Sebut nama orang kenal belaka
Tok Wali Saad nama dia

Gila bukan sebarang gila
Pakai jubah berjalan merata
Serban membalut kepala
Aroma antar semerbak di udara
Buah serbih tak tinggal walau seketika

Mulut kumat kamit membilang apa
Gila Tak Wali Saad payah nak teka
Sekali pandang memanglah nampak gila
Ilmu orang awam lagu tu belaka
Tak serupa dengan dia kata gila
Gila betul kah dia?

Ambo seorang bukan nak  mendabit dada
Biarlah Tok Wali Saad orang kata gila
Ambo kata tak gila
Tapi ilmu ambo tak cukup di dada
Untuk menghujah sepatah  dua
Sekadar  renungan buka bicara
Nama Tok Wali tu dari siapa?

Tok Wali Saad sudah lama mati
Yang ditinggalkan ialah Wakaf Tok Wali
Zaman kanak-kanak dulu  tempat ambo berhenti
Pulang dari sekolah Padang Kala tengah hari berdiri
Singgah  berteduh dari panas matahari

Wakaf pun kini sudah tiada lagi
Untuk dilihat generasi
Yang kekal dan  disebut merata riti
ialah Kampung Wakaf Tok Wali
Di situ berdiri
Dua markas berlainan parti
Pejabat DUN PAS Melor dan YKK penambat hati.

Tok Ayah Selamat

Seorang lagi orang gila ambo  hormat
Orang panggil  Tok Ayah selamat
Dah lupa kampung  asal berserta  alamat
Pakaian juga serupa Tok Wali Saad
Berjubah putih berserban smart
Wajah berseri-seri macam orang keramat
Tahan bas bukan nak naik sangat
Berdiri di pintu untuk  ucap selamat
Selamat, selamat, selamat

Kepada  penumpang, pemandu supaya selamat
Kerja Tok Ayah mendoakan orang selamat
Di dunia selamat, di akhirat  selamat
Maka lekatlah nama Tok Ayah Selamat
Budak-budak suka sangat.

Bas lain pula datang
Pemandu bas menyangka penumpang
Rupanya Tok Ayah Selamat  datang
Naik dan terus Ucap “selamat” kepada setiap orang
Tak siapa menghalang
dia tak kacau orang.
Hanya mahu doakan “selamat” semua orang
Itulah rutin Tok Ayah Selamat pagi petang

Tak lupa juga masuk kedai kopi
Bila tengok ramai orang di sisi
Bukan nak minum kopi
Nak doakan “selamat” pelangan yang dihormati

Gilakah Tok Ayah Selamat?

Memang orang kata dia gila
Sebab dia  buat tak serupa orang belaka
Tapi ambo tak berani nak kata
Seperti orang ramai kata
Wali Allah lagu  tu belaka!

Orang zaman dulu gila
Orang zaman sekarang pun ada yang gila
Tapi tak serupa
Orang dulu gila sebab ilmu sebak di dada
Orang sekarang gila akibat makan  pil kuda

Tok Ayah selamat juga sudah mati
Meninggalkan  kenangan abadi
Untuk  ambo punya genarasi
Tak akan bertemu lagi
Orang yang mengucapkan “selamat” setiap hari.
Seperti Tok Ayah Selamat yang diceritakan tadi.

Al Fatehah…..



Isnin, 27 Julai 2015

MAT SALLEH




MAT SALLEH

Ini waris ambo namanya Mat Salleh
Orang kampung panggil Pak Leh
Gaya bersila macam pahlawan  Mat Kilau
Semangat kependekarannya juga berkilau
Jangan sebut pasal penjajah inggeris
Mukanya merah macam kena hiris
Riwayat sebenar tak zahir
Ketika beliau remaja ambo belum lahir

Umur 80 tahun gateh basikal lagi
ke Besut 40 kilometar pergi
alu kelik tak kira lagi
orang hairan senggoti
ramai yang nasihati
tapi Pak Leh buat tak reti
aku segar bugar apo  peduli
katanya berkali-kali

Pak Leh sudah lama jadi arwah
Di kampungnya Bukit Mak Lipah
Perginya  tak tinggal harta
Anak tiri saja yang ada

Al fatehah….