Selasa, 11 Julai 2017

Kampungku hari ini Peringat



Oleh: Rossem

Desaku, di Kelantan,  agak jauh dari bandar, pemandangan rutin  setiap pagi, pekerja Bangladesh berjalan kaki  melewati depan rumah ku   untuk ke tempat kerja. Amat  mudah dikenali. Pekerja Bangla  berjalan berkumpulan, tiga hingga lima orang dalam satu kumpulan. Budaya orang  Bangla  tidak pernah melempar senyum kepada warga tempatan biarpun berselisih bahu, walhal orang Malaysia terkenal dengan sifat peramah. Dari sudut  lain, budaya itu tampak baik, mengambarkan mereka tak suka mencampuri hal ehwal orang lain (tempatan), namun bagi orang Melayu, itu sombong namanya.

Peningkatan pekerja Bangla di Kelantan dua tiga tahun kebelakangan ini agak ketara. Sebelumnya  pekerja dari Indonesia saja kelihatan. Ramai tenaga kerja Indonesia pulang ke negara mereka  dan sebahagianya tak kembali lagi. Majikan  mengisi  kekosongan  yang ditinggalkan itu dengan mengambil pekerja Bangla.

Seorang kontraktur  pemasangan paip yang saya kenali,  sebelum ini mengaji ramai pekerja Indonesia. Menjelang hari raya idilfitri lalu mereka pulang ke negaranya. Sebelum berangkat pulang, mereka berjanji selepas raya mahu  kembali bekerja di sini,  tapi tak datang, sedang wang untuk tambang sudah dikirim lewat bank. Justeri kami mengambil pekerja Bangla.
Pekerja  Indonesia, selain kemahirannya boleh dibanggakan,  malah   mudah berkomunikasi,  berbanding pekerja Bangla yang bodoh-bodoh sombong. Hanya satu kelebihan pekerja Bangla, mereka tak lari dari majikan.


Masalah pekerja asing berlarutan sehingga  hari ini. Di zaman penjajah Inggeris, orang Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Inggeris. Orang Cina untuk sektor perlombongan bijih dan India bekerja di ladang  getah dan buruh kereta api. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan  kedua-dua kaum itu menjadi warga negara.

Setelah Malaysia diperintah oleh anak negeri, kerajaan   juga mengimport pekerja asing. Kali ini lebih ramai bahkan  dari pelbagai negara. Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja, Bangladesh, Nepal, Pakistan,  China, India. Yang masuk secara haram (Pati)  tak terhitung jumlahnya. Kalau di zaman penjajah dahulu orang Afrika tak datang ke Tanah Melayu, sekarang di Kuala Lumpur orang Afrika berlambak. Ada ketikanya,  Jalan Raja Laut gelap pada siang hari.

Orang Pakistan,  di zaman Inggeris dan selepas Malaysia merdeka  memang ramai datang berniaga di Malaysia. Dulu mereka masuk kampung menjaja kain dan jual poster buraq (kuda terbang yang membawa Nabi saw mikraj) dengan cara memikul atas belakang. Sekarang saudagar Pakistan ini buka kedai karpet. Di pekan Nilai, Negeri Sembilan 80 peratus  kedai karpet milik warga Pakistan. Di Kelantan setiap kampung ada kedai Pakistan. Dari warung roti nan, kedai runcit, kedai perabut sehingga  kedai karpet. Status mereka tinggal dan berniaga di Malaysia hanya pihak berkuasa imigresen,  Majlis pebandaran saja yang tahu.

Orang Pakistan diakui berani menghadapi sebarang risiko dalam perniagaan. Umpamanya kedai runcit. Mereka buka 24 jam. Dengan satu atau dua orang saja pekerja pada waktu malam.  Peniaga Melayu tak berani berbuat demikian, takut dirompak. Sudah banyak kes seumpama ini berlaku pada kedai orang tempatan termasuk kedai Seven Eleven. Tapi tak terdengar pula berlaku ke atas kedai Pakistan.

Teringat sebuah buku  ditulis Ustaz Amaludin Darus (Allahyarham),  melalui penerbitannya,  Pustaka Abad, Kuala Lumpur (1980an). Penulis buku best seller  “Manusia di Langit Manusia di Bumi” itu menceritakan kisah seorang Melayu  yang cerdik di negeri Perak di zaman penjajah Inggeris.  Suatu hari Pembesar  Inggeris bermusyarat untuk mencari siapakah pekerja yang patut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor perlombongan (biji timah) dan perladangan (getah). Sektor pertanian sudah ditetapkan untuk peribumi iaitu orang Melayu.  Beliau satu-satunya  orang Melayu diundang menghadiri mesyuarat, yang lain semua orang Inggeris.
Inggeris mencadangkan dibawa masuk buruh dari China dan India ke Tanah Melayu. Orang Cina  untuk bekerja di sektor perlombongan, orang India di sektor perladangan.  Orang Melayu yang cerdik itu membantah. Beliau   mensyorkan kepada Inggeris, dibawa masuk buruh dari tanah Jawa untuk bekerja didua sektor iaitu perlombongan dan perladangan. Alasanya, orang Jawa dengan orang pribumi (Melayu)  memiliki persamaan budaya dan agama, mereka dari rumpun yang sama. Mudah diserapkan. Lantas salah seorang pembesar  Inggeris yang hadir pada mesyuarat itu berkata “Ini suatu cadangan yang bagus. Otak anda berlian. Selepas ini kami akan  kirim  anda melanjutkan pelajaran di England”.
Penjajah  Inggeris membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu ada agenda tertentu. Niat Inggeris  dapat dihidu orang Melayu Perak yang cerdik itu. Tajam deria rasanya. Pandangannya melangkaui zaman. Inggeris menyedari hakikat ini. Bagi Inggeris,  orang secerdik ini  Jangan dibiarkan lahir dari kalangan orang Melayu/pribumi. Maka, Salah satu cara “sembunyikan” mereka di England.  Andai pihak Inggeris menerima pandangan orang Melayu Perak itu. Iklim politik Malaysia hari ini tentulah berubah. Tiada wujud DAP, MCA, MIC.
Akhir sekali teringat sebuah cerita berlaku di Kuala Lumpur. Seorang remaja, usia kurang lebih 28 tahun, baru-baru ini,  pulang ke kampung asalnya setelah 3 tahun bekerja sebagai oprator  kilang di Lembah Klang. Katanya, tahun pertama, suasana di tempat kerja boleh dikatakan bagus. Nisbah pekerja tempatan (rakyat Malaysia) 60 peratus, sementara pekerja asing dari Bangla, Vietnam 40 peratus. Tahun kedua, pekerja tempatan merosok menjadi 40 peratus, pekerja asing 60 peratus. Tahun ketiga, pekerja tempatan hanya tinggal 10 peratus, ramai  berhenti, alasanya suasana  di tempat kerja tidak lagi seperti berada di Malaysia. Kami terpaksa belajar bahasa Bangali untuk berkomunikasi dengan mereka, kalau tidak kami bisu sepanjang hari.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan