Jumaat, 31 Julai 2015

TOK WALI SAAD




Tok Wali Saad

Zaman ambo muda
Tahun 60an, ada seorang gila
Tinggal di Kg. Padang Kala
Sebut nama orang kenal belaka
Tok Wali Saad nama dia

Gila bukan sebarang gila
Pakai jubah berjalan merata
Serban membalut kepala
Aroma antar semerbak di udara
Buah serbih tak tinggal walau seketika

Mulut kumat kamit membilang apa
Gila Tak Wali Saad payah nak teka
Sekali pandang memanglah nampak gila
Ilmu orang awam lagu tu belaka
Tak serupa dengan dia kata gila
Gila betul kah dia?

Ambo seorang bukan nak  mendabit dada
Biarlah Tok Wali Saad orang kata gila
Ambo kata tak gila
Tapi ilmu ambo tak cukup di dada
Untuk menghujah sepatah  dua
Sekadar  renungan buka bicara
Nama Tok Wali tu dari siapa?

Tok Wali Saad sudah lama mati
Yang ditinggalkan ialah Wakaf Tok Wali
Zaman kanak-kanak dulu  tempat ambo berhenti
Pulang dari sekolah Padang Kala tengah hari berdiri
Singgah  berteduh dari panas matahari

Wakaf pun kini sudah tiada lagi
Untuk dilihat generasi
Yang kekal dan  disebut merata riti
ialah Kampung Wakaf Tok Wali
Di situ berdiri
Dua markas berlainan parti
Pejabat DUN PAS Melor dan YKK penambat hati.

Tok Ayah Selamat

Seorang lagi orang gila ambo  hormat
Orang panggil  Tok Ayah selamat
Dah lupa kampung  asal berserta  alamat
Pakaian juga serupa Tok Wali Saad
Berjubah putih berserban smart
Wajah berseri-seri macam orang keramat
Tahan bas bukan nak naik sangat
Berdiri di pintu untuk  ucap selamat
Selamat, selamat, selamat

Kepada  penumpang, pemandu supaya selamat
Kerja Tok Ayah mendoakan orang selamat
Di dunia selamat, di akhirat  selamat
Maka lekatlah nama Tok Ayah Selamat
Budak-budak suka sangat.

Bas lain pula datang
Pemandu bas menyangka penumpang
Rupanya Tok Ayah Selamat  datang
Naik dan terus Ucap “selamat” kepada setiap orang
Tak siapa menghalang
dia tak kacau orang.
Hanya mahu doakan “selamat” semua orang
Itulah rutin Tok Ayah Selamat pagi petang

Tak lupa juga masuk kedai kopi
Bila tengok ramai orang di sisi
Bukan nak minum kopi
Nak doakan “selamat” pelangan yang dihormati

Gilakah Tok Ayah Selamat?

Memang orang kata dia gila
Sebab dia  buat tak serupa orang belaka
Tapi ambo tak berani nak kata
Seperti orang ramai kata
Wali Allah lagu  tu belaka!

Orang zaman dulu gila
Orang zaman sekarang pun ada yang gila
Tapi tak serupa
Orang dulu gila sebab ilmu sebak di dada
Orang sekarang gila akibat makan  pil kuda

Tok Ayah selamat juga sudah mati
Meninggalkan  kenangan abadi
Untuk  ambo punya genarasi
Tak akan bertemu lagi
Orang yang mengucapkan “selamat” setiap hari.
Seperti Tok Ayah Selamat yang diceritakan tadi.

Al Fatehah…..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan