Ahad, 26 Julai 2015

KERHARMONIAN KAUM



KERHARMONIAN KAUM

Peringat kampung unik
Orang Melayu tinggal alik naik
Orang Cina alik jatuh
Ta’ranya jalan Pasir Puteh

Alik naik ada baruh
Alik jatuh ada sekolah
Masjid alik jatuh
Tapi tak pernah bergaduh
Hidup aman sungguh

Melayu- Cina bergaul rapat
Hari raya makan ketupat
Terasa seperti saudara dekat
Hidup pun  berkat

Sekali sekalo  di kampung Cina
Ada persembahan  manoro
Didatangkan dari Sanggoro
Pemainnya Siam belako
Orang Melayu tumpang sekaki
Tua muda berjalan kaki
Bawa lampu picit malam hari
Nak tengok penari lelaki
Berpakaian segak sekali
Seperti maharaja Chulansakti
Sebelum pergi
Berpesan Kepada anak dara sunti
Penari itu pakai  ilmu penyeri
Jangan tenung wajahnya  berkali-kali
Takut jatuh hati

Ramai sain sobat ambo orang Cina
Pakai nama Melayu walaupun ada nama Cina
Lee Yat Kau dipanggil Bakar
Bunyinya  memang kelakar
Itulah keunikan kampung Peringat
Sepanjang ambo ingat

Seorang kawan
Namanya  Che Hassan Pak Yan
Selalu berkawan
Orang tak perasan
Dia tu Cina walaupun nama Hassan
Nama dalam kad pengenalan
Guan Shim Teh
Kulitnya tak berapa putih


Seorang lagi nama Melayu
Nama Cina ambo tak tahu
Salleh Gambar orang kenal selalu
Masuk kampung kamera di bahu
Pukul gambar bayar dulu

Anak Salleh gambar nama  Lee Hock Chiu
Sekarang menjadi guru
Pandai melukis baru ambo tahu
Kawan rapat selalu

Itulah keunikan kampungku
Sebelum datang demo tu
Bawa  ideologi politik tertentu
Sehingga kami tak seperti  dulu.


(nota: Alik naik - sebelah matahari naik-Timur. 
 Alik Jatuh- sebelah matahari jatuh- Barat)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan