Rabu, 22 Julai 2015

Aktiviti membentuk jati diri



Aktiviti membentuk jati diri

Remaja zaman dulu tak banyak beronar
Boleh basikal pun mujur benar
Bawa ke sekolah parking merata
Tak bimbang berputih mata
La ni tak leh terlipar
Sahkah basikal
Di masjid hilang selipar.

Dulu jalanraya pun sempit
berjalan berhimpit-himpit
tapi hati tak sakit
kereta pun sikit
belum ada Mat rempit.

Zaman  kami remaja
Tak kenal daun ganja
Dauh ketum tumbuh melata
Tapi airnya tak minum sesuka
Dadah jauh sekali
Pil kuda belum jadi

Hari ini remaja berubah sekali
Suka merosakkan  diri sendiri
Makan benda  tak suci
Akhirnya mati sebelum mati.

Remaja zaman kami
Banyak aktiviti
Demi membentuk jatidiri
Yang bermanfaat dicari
Boleh kata tak berhenti
Siang dan malam hari
Jedual penuh sealmari

Pagi hingga tengahari
Pergi sekolah mengaji
Petang main bola sepak
Tubik peluh bercupak

Malam selepas isyak
Masuk dalam pagar sasak
Rumah pak cu ya lembek
Kampung Becah Kuro
Belajar boxing  siam
 Sampai jauh malam.

Anak-anak murid Pakcu Ya
Hak kanan Awang Paksu Pa
Cikgu We, Nik Pa
Kodir Paksu Kob, Setopa Pak Chik
 Ambo pun ya juga
Yang lain tak ingat doh.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan