Selasa, 11 Ogos 2015

Dr. Mohamed Saat Haji Ismail Pensyarah sains kesihatan USM




Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Dr Mohamed Saat Haji Ismail sosok yang tak asing lagi di Kg.Peringat, anak jati Peringat, tinggal di Kg. Seterpa. Di sela-sela kesibukannya sebagai pensyarah, beliau mencuri masa sibuknya beraktifitas dalam program-program memajukan kampung Seterpa, khususnya Kg. Pak Rahmat.  

Putra kepada Allahyarham Tok Gawa Che Wel ini pernah menempa nama diperingkat internasional  apabila kertas kerjanya mengenai ilmu sains sukan menerima Anugerah Kertas Penyelidikan  Cemerlang (Excellent Research Paper Award) dari Jepun.

Dengan kejayaan itu , sekaligus 22 buat penerbitan jurnalnya turut menempa nama  di peringkat global. Turut merangkumi pembentangan sebanyak 24 kertas kerja  dalam seminar yang dihadirinya.
 Dr Mohamed Saat juga merangkap Pengerusi Program Sains Senaman dan Sukan pusat itu. Pengiktirafan itu membuktikan bahawa bidang  berkenaan yang bary diterokai di Malaysia mampu memberi imput baru dalam menghasilkan formula lebih efektif kearah kecermelengan ilmu sains sukan.

Kertas kerja beliau disiarkan dalam Journal of Physiological Anthropology and Applied Human Science Volume 24,2005 itu mendapat pengiktirafan Japan Society of Physiological Anthropology. Dr Mohamed Saat atau akrab dipanggil Mat Saat mengambil masa tiga bulan menyiapkan kertas kerja itu, dengan melibatkan 16 orang pelbagai peringkat uisa sebagai responden kajian. Ilmu ini amat berguna untuk dimanfaatkan oleh jurulatih lokal bagi diaplikasikan semasa siri latihan kepada atlet kebangsaan. 

Mat Saat pernah menerima anugerah persembahan poster terbaik di Persidangan  Saintifik Malaysian Society of Pharmacology and Physiology 2001 bertajuk Rehidrasi yang menggunakan minuman kelapa muda segar, karbohidrat berelektrolit dan air setelah melakukan senaman ke tahap dehidrasi.

Dr Mohamed Saat sudah berkeluarga, anak-anaknya  ada yang menjadi doktor dan peguam. Seorang yang suka menziarahi keluarga sepertimana pernah dilakukan Almarhum ayahnya, Tok Gawa Che Wel atau Haji Ismail Mat Saat. Kalau kuah tidak tumpah ke nasi, ke mana lagi!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan