


walaupn tanpa dipasang apa-apa singhboard, namun melihat
peralatan yang bergantungan di dinding sudah dapat mengagak, ia sebuah bengkel
pertukangan tangan yang unik. Walaupun
bangkel itu tampak kumuh, di situlah Abdul Kadir Kailani bekerja seharian
mencari rezeki dengan mengukir hulu keris, hulu pisau dan pedang.
Abdul Kadir atau akrab dengan panggilan Che Kar (Bakar) mula membuat kerja-kerja mengukir sejak zaman remaja, iaitu sekitar tahun 1970an, ketika itu
bahan-bahan yang digunapakai dari tanduk kerbau. Diukir dengan begitu indah
menyerupai burung bangau, buaya dan bentuk
haiwan-haiwan, untuk dijadikan barangan perhiasan.
Selepas sukar untuk mendapatkan tanduk kerbau, beliau kemudian
beralih kepada mengukir hulu keris, hulu badik, hulu pisau dan pedang. Che Kar
tidak hanya setakat membuat hulu keris saja,
kebiasaannya lengkap satu
set, termasuk mata keris, pisau dan
berserta sarungnya.
Kerja-kerja mengukir yang dijalankan beliau lebih bersifat
turun temurun, Allahyarham ayah tirinya,
Che Ghani Long atau akrab dengan panggilan Pakcik Mat pernah membuka bangkel
membuat perhiasan dari tanduk kerbau dan hulu keris sekitar tahun 1960an di Kg
Peringat. Che Kar belajar dari ayah tirinya selok belok mengukir hulu keris.
Seorang lagi adeknya , Wan Rahim juga membuka bengkel yang sama di Peringat.

Pembuatan keris yang diusahakan Che Kar selalunya mengikut
tempahan. Diantara yang sering menempah keris berserta hulunya datang dari
istana, termasuk istana Negara Brunei
Darulsalam.
Membuat dan mengukir hulu keris ini, Che Kar tidak
mengukirnya sesuka hati , beliau berpegang
kepada etika, hulu keris yang benar-benar menyerupai bentuk rupa binatang seperti kepala burung,
kepala ular dan sebagainya beliau tidak
malu membuatnya, hanya imbasan dari dari wajah binatang tersebut saja diukirnya. “Berdosa mengukir wajah menyerupai
haiwan-haiwan itu” katanya.
Setiap bentuk atau
imej ukiran pada hulu keris itu
tersirat maknanya yang tersendiri.
Misalnya imej jari-jari di hadapan hulu keris itu membawa maksud seseorang sedang berdiri solat (Qiyam),
manakala hulu keris yang tampak membongkok itu mengambarkan seseorang sedang
rukuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan