Selasa, 11 Julai 2017

Sajak dari Dajzlan Zainal




KLATE BLUES

dok teringat jame dulu
ore ttino rambu-rambu
jale ke hulu hilir
cari jate mampir
lo ni dok lagi
ore ttino klate mari
letak bmw jauh sikit
takut jate tak mau dekat
usia lo ni 30
jate tak serupo ore
saja yang dekat kita
inilah problemnya
15 april 2017

ilustrasi dan dedikasi buat pak Rossem

MENJELANG AIDILFITRI TERBAYANG MEREKA YANG TELAH PERGI.





Menjelang Aidilfitri, terbayang mereka yang telah pergi, lebih-lebih lagi ibu dan ayah.  Ayah menutup usia  katika saya masih dibangku  sekolah rendah, manakala ibu, saat saya bekerja di Kuala Lumpur- awal 1990an.  Bersama ayah tak lama, kurang lebih 10 tahun sahaja. Tak banyak kenangan.  Yang masih terbayang dalam ingatan ialah; ayah dan ibu menunaikan fardu haji ke Mekah tahun 1958 dengan  menaiki  kapal laut melalui pelabuhan Pulau Pinang. Saya tak ke Pulau Pinang  menghantar ayah/ibu, ditinggalkan dikampung bersama kakak yang sekarang masih hidup.  Diberitahu, ayah naik kapal laut bernama Anson.  Pelayaran ke Juddah memakan masa sebulan, singgah untuk urusan lojistik di Cyelon  (Sri Langka) dua hari, kemudian meneruskan pelayaran merentasi samudera  Hindi yang bergelora.

Sepulang ayah  dari Mekah, beliau beritahu, ada laut dua warna, satu berwarna biru tua, satu lagi biru pucat. Tak bercampur antara satau sama lain, kayaknya seperti jalur  sempadan yang panjang di samudera.  Rupanya orang  tua dahulu sudah tahu wujudnya kondisi laut yang sebegitu rupa, hanya tak pandai  menyebutnya dalam bahasa sains.

Seterusnya ayah beritahu,  ramai  jamaah yang mati ketika dalam pelayaran, samada ketika pergi atau balik. Jenazah dikapankan dan diikat dengan besi, usai solat,  jenazah  diturunkan perlahan-lahan  hingga mencerceh air laut, tali dilepaskan, jenazah hilang dari pandangan, tengelam ke dasar lautan, yang  tampak  ikan-ikan mengekori. 

Perjalanan laut memakan masa dua bulan, sebulan  pergi dan sebulan  balik, tinggal di Tanah Haram sebulan.  Tiga bulan suatu masa yang lama berbanding sekarang  maksimal 45 hari. Justeru sebelum berangkat, ayah menyediakan keperluan secukupnya terutama makanan sampingan untuk di makan di atas kapal. Dimuat dalam kotak  kayu.

Ibu mendewasakan saya  dengan adat budaya yang ketat. Banyak pantang larang. Ibu paling marah jika ternampak saya memakai topi.  Suatu hari, saat hujan gerimis sore, saya meminjam topi  jiran untuk pulang ke rumah agar kepala tak dibasahi air hujan.  Sampai di rumah dilihat ibu. “ Jangan pakai topi, ini pakaian Yahudi. Kamu nak jadi Yahudi ke?”  Suara ibu meninggi.  Saya terkejut, tak faham, kenapa  topi dikaitkan dengan Yahudi.

Setelah dewasa, baru saya faham, topi pakaian pendita atau Rahib Yahudi.  Bagaimana ibu tahu semua itu, sedang ibu seorang buta huruf.  Di sisi lain  lidahnya sentiasa basah dengan ayat-ayat suci al Quran.  Di bulan Ramadan,  setiap kali usai solat fardu ibu membaca al Quran.  Al Fatehah   buat ibu dan ayah yang dikasihi.  Ya Allah,  ampunlah dosa mereka dan terimalah taubatnya.

Kampungku hari ini Peringat



Oleh: Rossem

Desaku, di Kelantan,  agak jauh dari bandar, pemandangan rutin  setiap pagi, pekerja Bangladesh berjalan kaki  melewati depan rumah ku   untuk ke tempat kerja. Amat  mudah dikenali. Pekerja Bangla  berjalan berkumpulan, tiga hingga lima orang dalam satu kumpulan. Budaya orang  Bangla  tidak pernah melempar senyum kepada warga tempatan biarpun berselisih bahu, walhal orang Malaysia terkenal dengan sifat peramah. Dari sudut  lain, budaya itu tampak baik, mengambarkan mereka tak suka mencampuri hal ehwal orang lain (tempatan), namun bagi orang Melayu, itu sombong namanya.

Peningkatan pekerja Bangla di Kelantan dua tiga tahun kebelakangan ini agak ketara. Sebelumnya  pekerja dari Indonesia saja kelihatan. Ramai tenaga kerja Indonesia pulang ke negara mereka  dan sebahagianya tak kembali lagi. Majikan  mengisi  kekosongan  yang ditinggalkan itu dengan mengambil pekerja Bangla.

Seorang kontraktur  pemasangan paip yang saya kenali,  sebelum ini mengaji ramai pekerja Indonesia. Menjelang hari raya idilfitri lalu mereka pulang ke negaranya. Sebelum berangkat pulang, mereka berjanji selepas raya mahu  kembali bekerja di sini,  tapi tak datang, sedang wang untuk tambang sudah dikirim lewat bank. Justeri kami mengambil pekerja Bangla.
Pekerja  Indonesia, selain kemahirannya boleh dibanggakan,  malah   mudah berkomunikasi,  berbanding pekerja Bangla yang bodoh-bodoh sombong. Hanya satu kelebihan pekerja Bangla, mereka tak lari dari majikan.


Masalah pekerja asing berlarutan sehingga  hari ini. Di zaman penjajah Inggeris, orang Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh Inggeris. Orang Cina untuk sektor perlombongan bijih dan India bekerja di ladang  getah dan buruh kereta api. Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan  kedua-dua kaum itu menjadi warga negara.

Setelah Malaysia diperintah oleh anak negeri, kerajaan   juga mengimport pekerja asing. Kali ini lebih ramai bahkan  dari pelbagai negara. Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja, Bangladesh, Nepal, Pakistan,  China, India. Yang masuk secara haram (Pati)  tak terhitung jumlahnya. Kalau di zaman penjajah dahulu orang Afrika tak datang ke Tanah Melayu, sekarang di Kuala Lumpur orang Afrika berlambak. Ada ketikanya,  Jalan Raja Laut gelap pada siang hari.

Orang Pakistan,  di zaman Inggeris dan selepas Malaysia merdeka  memang ramai datang berniaga di Malaysia. Dulu mereka masuk kampung menjaja kain dan jual poster buraq (kuda terbang yang membawa Nabi saw mikraj) dengan cara memikul atas belakang. Sekarang saudagar Pakistan ini buka kedai karpet. Di pekan Nilai, Negeri Sembilan 80 peratus  kedai karpet milik warga Pakistan. Di Kelantan setiap kampung ada kedai Pakistan. Dari warung roti nan, kedai runcit, kedai perabut sehingga  kedai karpet. Status mereka tinggal dan berniaga di Malaysia hanya pihak berkuasa imigresen,  Majlis pebandaran saja yang tahu.

Orang Pakistan diakui berani menghadapi sebarang risiko dalam perniagaan. Umpamanya kedai runcit. Mereka buka 24 jam. Dengan satu atau dua orang saja pekerja pada waktu malam.  Peniaga Melayu tak berani berbuat demikian, takut dirompak. Sudah banyak kes seumpama ini berlaku pada kedai orang tempatan termasuk kedai Seven Eleven. Tapi tak terdengar pula berlaku ke atas kedai Pakistan.

Teringat sebuah buku  ditulis Ustaz Amaludin Darus (Allahyarham),  melalui penerbitannya,  Pustaka Abad, Kuala Lumpur (1980an). Penulis buku best seller  “Manusia di Langit Manusia di Bumi” itu menceritakan kisah seorang Melayu  yang cerdik di negeri Perak di zaman penjajah Inggeris.  Suatu hari Pembesar  Inggeris bermusyarat untuk mencari siapakah pekerja yang patut dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor perlombongan (biji timah) dan perladangan (getah). Sektor pertanian sudah ditetapkan untuk peribumi iaitu orang Melayu.  Beliau satu-satunya  orang Melayu diundang menghadiri mesyuarat, yang lain semua orang Inggeris.
Inggeris mencadangkan dibawa masuk buruh dari China dan India ke Tanah Melayu. Orang Cina  untuk bekerja di sektor perlombongan, orang India di sektor perladangan.  Orang Melayu yang cerdik itu membantah. Beliau   mensyorkan kepada Inggeris, dibawa masuk buruh dari tanah Jawa untuk bekerja didua sektor iaitu perlombongan dan perladangan. Alasanya, orang Jawa dengan orang pribumi (Melayu)  memiliki persamaan budaya dan agama, mereka dari rumpun yang sama. Mudah diserapkan. Lantas salah seorang pembesar  Inggeris yang hadir pada mesyuarat itu berkata “Ini suatu cadangan yang bagus. Otak anda berlian. Selepas ini kami akan  kirim  anda melanjutkan pelajaran di England”.
Penjajah  Inggeris membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu ada agenda tertentu. Niat Inggeris  dapat dihidu orang Melayu Perak yang cerdik itu. Tajam deria rasanya. Pandangannya melangkaui zaman. Inggeris menyedari hakikat ini. Bagi Inggeris,  orang secerdik ini  Jangan dibiarkan lahir dari kalangan orang Melayu/pribumi. Maka, Salah satu cara “sembunyikan” mereka di England.  Andai pihak Inggeris menerima pandangan orang Melayu Perak itu. Iklim politik Malaysia hari ini tentulah berubah. Tiada wujud DAP, MCA, MIC.
Akhir sekali teringat sebuah cerita berlaku di Kuala Lumpur. Seorang remaja, usia kurang lebih 28 tahun, baru-baru ini,  pulang ke kampung asalnya setelah 3 tahun bekerja sebagai oprator  kilang di Lembah Klang. Katanya, tahun pertama, suasana di tempat kerja boleh dikatakan bagus. Nisbah pekerja tempatan (rakyat Malaysia) 60 peratus, sementara pekerja asing dari Bangla, Vietnam 40 peratus. Tahun kedua, pekerja tempatan merosok menjadi 40 peratus, pekerja asing 60 peratus. Tahun ketiga, pekerja tempatan hanya tinggal 10 peratus, ramai  berhenti, alasanya suasana  di tempat kerja tidak lagi seperti berada di Malaysia. Kami terpaksa belajar bahasa Bangali untuk berkomunikasi dengan mereka, kalau tidak kami bisu sepanjang hari.