Jumaat, 1 Januari 2016

Nafsu




Zaman kanak-kanak  pinjam  basikal ayah
basikal tua gateh  pun payah
berangan-angan  nak beli basikal sport
ayah belikan basikal sport

Ingin   pula  motosikal 70cc
dapat motosikal 70cc
tengok orang pakai motosikal nurtan
lalu depan mata bergeger jalan
pasang angan -angan kalau dapat kerja ada pitih
nak belikan  motosikal kuasa tinggi buatan british

dapat kerja tapi gaji kecil sekali
usahkan nurtan, vespa pun berfikir dua kali
nak beli atau tak nak beli
15 haribulan habis dah duit gaji
Nak isi minyak motor di mana pula nak cari


tapi trend zaman itu motorsikal vespa
sesiap memiliki orang pandang terbeliak biji mata
lebih-lebih lagi anak-anak dara
janda tak ada angan-angan dalam kepala


akhirnya belilah vespa di kedai cina Kota Bharu
Itupun scondhand tapi nampak baru
Pergi kerja naik motor  selalu
semua orang tahu

hari minggu pergi pantai cinta berahi
Sekarang nama sudah diganti
Sejak PAS memerintah negeri
pantai cahaya bulan nama diberi

tengok kawan-kawan  pakai motokar
teringin pula nak motokar
hujan tak basah, panas tak membakar
angan-angan mula berkobar
tidur malam terlupa selimut gebar
nak motokar, nak motokar


beli motokar toyota
tahun 1986 model corrola
petang bersiar keliling kota
berdebar juga lesen belum ada
sekarang sudah ada


kereta tua jalan tak laju
asyik kena horn selalu
sabarlah pemandu
hari ini hari mu
esok hari ku mana tahu

kereta nasional diperkenalkan
proton saga menjadi sebutan
Tun Dr Mahathir punya buatan
jasamu dalam ingatan
walaupun sesudah mantan

proton saga pun terbayang
tidur malam ia datang
 dalam mimpi seperti bayang-bayang  
akhirnya duit melayang
memenuhi nafsu yang tak pernah kenyang


kawan sebelah rumah beli mercedes
melihatnya  mengiggil habis
keinginan  nak mercedis
seperti dirasuk iblis


tapi hairan,
ketika semua angan -angan itu dilayan
juga ditunaikan
yang satu ini tak pernah terbayangkan
keranda dan jenama buatan
untuk ke tanah kuburan


Balai Kartun Rossem
1 Januari 2016












Tiada ulasan:

Catat Ulasan