Rabu, 7 Disember 2016

Bahasa puitis dijadikan mentera



Orang tua-tua dahulu, meski pun sekolah tak tinggi atau langsung tak bersekolah, mampu mencipta bait-bait puisi yang indah, sarat dengan makna, kemudian dijadikan mentera.

Tok tan belimbing tari
Naik ke bukit jadi api
Naik ke langit jadi embun
Aku lipat lidah si anu
Aku kunci lidah si anu
Hidup kata nyawa
Tamat sekalian langit
Tamat sekalian bumi
Tamat tok isi alam
Duduk di bawah perkop langit
Berat penatlah mu
Seperti  batu dalam bumi
Berdirilah mu
Seperti tunggul di tengah laut

Burung setitit
Batu bersanggit
Batu bersanggar
Sireh semanga
Pinang secalit
Aku nak sanggar pagar rumah
Aku nak sanggar jalan lebah
Akulah pemakai salah penyanggar

Anak adam lembut
Anak raja tawan
Lemah lembut seteru  lawan
Lembut seperti pengat
Lembut roh lembut semangat
Lembut sin matikat
Dengan segitan rasa
Tak mati, mati mehan mata
Mati kaki, mati tangan
Mati hawa, mati nafsu
Mati sin matikat
Mati segitan rasa.

Oh, setumbong raya
Sepaling jati
Setunggang muka
Terbalik hati
Hai seru nab
Hai raja berang
Tok sabar menganggkat kaki
Patah urat sendi tulang
Angkat tangan
Berdoa.

Patah rok patah ranting
Patah tuma sigila-gila
Kurus kering bagai sorak
Kena guna semanok gila
Kalau mu terlupa kain di pinggang
Lupalah aku, kalau mu lupa makan lupakan aku.




Ahad, 31 Januari 2016

Belia Kg. Peringat 1960an. Pengerak masyarakat




Tahun 1960an, ketika itu  istilah “belia” belum popular. Persatuan belia dinamakan Persatuan Pemuda Pemudi. Kampung Peringat tak kurang hebatnya dengan persatuan pemuda pemudi, ramai keahlian,  termasuk muda mudi kaum Tiong Hwa. Pengerak utama antaranya  Cikgu Hashim Abdul Rahman (Allahyarham), Cikgu Nik Yahya. Cikgu Nik Mat Pak Su Nus, Cikgu Ismail Kadir dan lain-lain. Setiap kali mesyuarat agung tahunan, pegawai belia negeri  diundang merasmikannya. 

 
Menjadi ahli persatuan suatu  kebangaan pemuda pemudi Peringat  ketika itu. Persatuan menjadi medan tempat bertemu, berkenalan, bertukar fikiran.  Antara aktiviti yang menonjol ialah  pementasan semacam konsert, antara nama yang sinonim ialah “Anekaragam”, bertujuan  memberi hiburan percuma kepada warga desa.  “Anekaragam” terangkum di dalamnya,  nyanyian, lawak jenaka, teater sebabak  dan lain-lain.  Khalayak, tua muda, lelaki perempuan, kanak-kanak, berduyung-duyung datang memenuhi tanah lapang, selalunya dibuat di padang Sekolah Arab Peringat (dulu Diniah, sekarang Al Kautsar).

Barisan pelakonnya daripada ahli persatuan, antaranya Mohamad Haji Ismail, akrab dengan panggilan Adek Mat anak Tok Imam Haji Ismail,Perol. Asal Adek Mat Kg Perol, tahun 1960an beliau membuka kedai baiki radio di Cabang Tiga Peringat.  Zahari Che Din (Allahyarham), Cikgu Ismail Pakcu Dir,  Zakaria Wan Hussain atau Ya Tok Wan Hussain (Allahyarham),  Awang Mok Embong,  Che Hassan Pak Yan atau nama Cinanya Guan Shim Teh (sekarang tinggal di Kuala Lumpur), Nik Mud Paksu Nuh, Rosidi Semail, Che Mat Che Omar atau Che Mat Rindu Kg Tok Khalid (Allahyarham) dan Manaf Kampung Sungai. Manaf selepas itu (1960an) memasuki angkatan tentera.  Hilang khabar berita, tak pernah jumpa sehingga sekarang (2016). 

Sementara biro sukan pula, menubuhkan team bola sepak. Pasukan bola sepak Peringat antara pasukan digeruni tahun 1960an. Pengerak utama ialah Haji Mohd Zain Hassan atau Mat Zain Tok Ngulu Wok Hassan, Padang Mengkali (sekarang saudagar kereta Perdua- Nasrom Motor) dan Adek Mat bertindak sebagai jurulatih. 

Ahli Persatuan Pemuda Pemudi Peringat  tak ada yang berkelulusan tinggi. Ketika  itu guru sekolah rendah pun lulusan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Di Kg. Peringat orang pertama berjaya ke universiti, kalau tak silap ialah Cikgu Nor Mat Daud (Allahyarham). Ketika itu awal 1960an, orang bercakap rata riti, kisahnya meniti dari bibir ke bibir, anak pemetik kelapa (guna khidmat beruk) masuk universiti. 

Kekal menjadi  kebanggaan bagi remaja 1960an ialah,  walaupun pelajaran akedemik rendah, namun mampu mengerakkan persatuan, memberikan  hiburan percuma kepada warga. Penduduk kampung terhibur dan respect kepada belia. Terjebak dengan gejala dadah jauh panggang dari api. (Dadah datang tahun 1980an) .  Jenayah mencuri amat minimum, kalau ada pun sekali sekali kes mencuri lembu, kerbau, dan ayam.   

Jumaat, 1 Januari 2016

Nafsu




Zaman kanak-kanak  pinjam  basikal ayah
basikal tua gateh  pun payah
berangan-angan  nak beli basikal sport
ayah belikan basikal sport

Ingin   pula  motosikal 70cc
dapat motosikal 70cc
tengok orang pakai motosikal nurtan
lalu depan mata bergeger jalan
pasang angan -angan kalau dapat kerja ada pitih
nak belikan  motosikal kuasa tinggi buatan british

dapat kerja tapi gaji kecil sekali
usahkan nurtan, vespa pun berfikir dua kali
nak beli atau tak nak beli
15 haribulan habis dah duit gaji
Nak isi minyak motor di mana pula nak cari


tapi trend zaman itu motorsikal vespa
sesiap memiliki orang pandang terbeliak biji mata
lebih-lebih lagi anak-anak dara
janda tak ada angan-angan dalam kepala


akhirnya belilah vespa di kedai cina Kota Bharu
Itupun scondhand tapi nampak baru
Pergi kerja naik motor  selalu
semua orang tahu

hari minggu pergi pantai cinta berahi
Sekarang nama sudah diganti
Sejak PAS memerintah negeri
pantai cahaya bulan nama diberi

tengok kawan-kawan  pakai motokar
teringin pula nak motokar
hujan tak basah, panas tak membakar
angan-angan mula berkobar
tidur malam terlupa selimut gebar
nak motokar, nak motokar


beli motokar toyota
tahun 1986 model corrola
petang bersiar keliling kota
berdebar juga lesen belum ada
sekarang sudah ada


kereta tua jalan tak laju
asyik kena horn selalu
sabarlah pemandu
hari ini hari mu
esok hari ku mana tahu

kereta nasional diperkenalkan
proton saga menjadi sebutan
Tun Dr Mahathir punya buatan
jasamu dalam ingatan
walaupun sesudah mantan

proton saga pun terbayang
tidur malam ia datang
 dalam mimpi seperti bayang-bayang  
akhirnya duit melayang
memenuhi nafsu yang tak pernah kenyang


kawan sebelah rumah beli mercedes
melihatnya  mengiggil habis
keinginan  nak mercedis
seperti dirasuk iblis


tapi hairan,
ketika semua angan -angan itu dilayan
juga ditunaikan
yang satu ini tak pernah terbayangkan
keranda dan jenama buatan
untuk ke tanah kuburan


Balai Kartun Rossem
1 Januari 2016